Tuesday 6 November 2012

PROGRAM LITERACY AND NUMERACY SCREENING (LINUS)



Program LINUS

LINUS ialah singkatan  bagi “Literasi & Numerasi Saringan” iaitu penguasaan Literasi dan Numerasi (3M- Membaca, Menulis dan Mengira) khusus bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah rendah.

Setiap kanak-kanak kecuali berkeperluan khas berupaya untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.




   Literasi 

Merupakan kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.



Numerasi

Merupakan kebolehan untuk melakukan operasi asas Matematik serta memahami idea  Matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian.



Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.

Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya



 




 

No comments:

Post a Comment