Monday 19 November 2012

Senarai Kemahiran LINUS



LITERASI
KONSTRUK 1
Keupayaan menamakan huruf vocal dan konsanan.
KONSTRUK 2
Keupayaan membunyikan suku kata terbuka.
KONSTRUK 3
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi  suku kata terbuka.
KONSTRUK 4
Keupayaan membunyikan suku kata tertutup.
KONSTRUK5
Keupayaan membaca suku kata tertutup.
KONSTRUK 6
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup(ng).
KONSTRUK 7
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungidiftong.
KONSTRUK 8
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi vocal berganding.
KONSTRUK 9
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraph dan konsonan bergabung.
KONSTRUK 10
Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
KONSTRUK 11
Keupayaan membaca ayat mudah.
KONSTRUK 12
Keupayaan membaca dan memahami berdasarkan bahan rangsangan.

NUMERASI
KONSTRUK 1
Keupayaan pranombor dan mengenal angka.
KONSTRUK 2
Keupayaan membilang.
KONSTRUK 3
Keupayaan memaham inilai nombor.
KONSTRUK 4
Keupayaan membuat seriasi.
KONSTRUK5
Keupayaan mengenal matawang Malaysia.
KONSTRUK 6
Keupayaan menyatakan waktu.
KONSTRUK 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas.
KONSTRUK 8
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan matawang Malaysia.
KONSTRUK 9
Keupayaan mengukur panjang objek,jisim objek dan isipadu.
KONSTRUK 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.
KONSTRUK 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.
KONSTRUK 12
Keupayaan mengaplikasikan  pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan matawang,masadan ukuran panjang.

Tuesday 6 November 2012

PROGRAM LITERACY AND NUMERACY SCREENING (LINUS)



Program LINUS

LINUS ialah singkatan  bagi “Literasi & Numerasi Saringan” iaitu penguasaan Literasi dan Numerasi (3M- Membaca, Menulis dan Mengira) khusus bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah rendah.

Setiap kanak-kanak kecuali berkeperluan khas berupaya untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.




   Literasi 

Merupakan kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.



Numerasi

Merupakan kebolehan untuk melakukan operasi asas Matematik serta memahami idea  Matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian.



Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.

Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya